Transformer Unggul

Transformer memindahkan kuasa elektrik, dari bekalan kuasa input di litar primer ke kuasa output di litar sekunder.

Kuasa yang dipindahkan adalah sama. Anda boleh menggunakan analogi prinsip keabadian tenaga bagi memahami perkara ini.

Oleh kerana kuasa yang dipindahkan adalah sama, maka arus yang terhasil adalah berkadar songsang dengan voltan yang terhasil. (P = VI)

Bagaimanapun, kehilangan tenaga akan berlaku. Oleh itu, kuasa output adalah lebih kecil daripada kuasa input. Kecekapan transformer ditakrifkan sebagai berikut:

Transfomer unggul adalah transfomer ideal, yang tidak mengalami kehilangan tenaga. Oleh itu, transformer ini dikatakan mempunyai kecekapan 100% dan kuasa input = kuasa output.