Cara Meningkatkan Kecekapan Transformer

Baca nota berikut dan hasilkan nota ringkas:

Punca kehilangan tenagaKesanCara Mengatasi
Rintangan gegelungGegelung primer dan gegelung sekunder terdiri daripada dawai yang sangat panjang. Apabila arus mengalir dalam gegelung yang mempunyai rintangan, pemanasan dawai berlaku. Pemanasan dawai menyebabkan tenaga haba dibebaskan ke sekeliling.Gunakan dawai kuprum yang lebih tebal supaya rintangan gegelung menjadi lebih kecil.
Arus pusarMedan magnet yang berubah-ubah mengaruh arus pusar dalam teras besi. Arus pusar ini memanaskan teras besi. Teras besi yang panas membebaskan tenaga haba ke persekitaran.Gunakan teras besi berlamina yang terdiri daripada kepingan-kepingan besi nipis yang dilekatkan dengan gam penebat.
HisterisisTeras besi dimagnetkan dan dinyahmagnetkan secara berterusan oleh medan magnet yang berubah-ubah. Tenaga yang dibekalkan untuk pemagnetan tidak dipulihkan sepenuhnya semasa penyahmagnetan. Perbezaan tenaga ini dipindahkan kepada teras besi untuk memanaskannyaGunakan besi lembut sebagai teras. Besi lembut memerlukan tenaga yang lebih kecil untuk dimagnetkan.
Kebocoran fluks magnetFluks magnet yang dihasilkan oleh arus primer tidak dipautkan sepenuhnya kepada gegelung sekunder.Lilitkan gegelung sekunder di atas gegelung primer supaya semua fluks magnet yang dihasilkan oleh arus primer akan melalui gegelung sekunder.

*bukan semua arus pusar adalah buruk. Ada arus pusar yang boleh dimanfaatkan. Perhatikan gambar berikut: